Friday 26 September 2008

hari raya


tangan ku hulur, maaf dipohon.. slamat hari raya maaf zahir batin.. dari princessy

haruskah


haruskah aku terus berdiam
memendam rasa
apa yang
terbuku dihati
membiarkan semuanya
hilang begitu saja
dibawa masa
sedangkan aku amat
mencintainya...

haruskah ???

Friday 12 September 2008

( ? )


mengapa perlu ada pertemuan
yang membibitkan rasa
rindu dan sayang
jika ianya hanya
berakhir dengan perpisahan
membuat kita terluka
dan kecewa...

Thursday 11 September 2008

sekali lagiiii



tanpa ku sangka
sekali lagi kau hadir
dalam hidupku..
dan sekali lagi aku ditinggalkan...

sekali lagi juga aku tak
mampu berbuat apa-apa
tiada kekuatan
tiada keyakinan

aku hanya mampu
biarkan ia berlalu
tinggalkan aku
sendirian termangu
bersama kenangan
dan rasa kecewa di hati
SEKALI LAGI !!!

Wednesday 3 September 2008

hikmah


usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta
kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia
atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu
dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia
dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi.
pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

..... ( )


kadangkala orang yang paling mencintaimu
adalah orang yang x pernah myatakan cintanya padamu
kerana orang itu takut kau berpaling dan mjauhinya...

dan bila dia suata masa hilang dari pandangan mu...
kau akan myedari dia adalah cinta
yang tidak pernah kau sedari...

Tuesday 2 September 2008

sendiri...


biarkan aku sendiri
melewati hari-hari yang berlalu
biarpun
kesedihan n kesunyian menemaniku
semoga hari esok
ada sinar buat diriku...